Salah seorang yang tidak ke­tinggalan memanfaatkan bulan Ramadan ialah Mohamad Hibatullah Abd. Hamid, 30, yang menjual putu mayam di Bazar Ramadan Garden Homes, Se­remban 2 di sini sejak lebih dua minggu lalu.

Katanya, putu mayam yang dihasilkan mempunyai kelainan berbanding peniaga lain kerana dibuat sendiri selepas mempelajari resipi makanan tersebut da­ripada ibu saudaranya.

Mohamad Hibatullah yang lebih dikenali dengan panggilan Bob berkata, putu mayam yang dijualnya mempunyai dua perasa iaitu tradisional dan pandan.

Katanya, dia menjual putu mayam bersama kelapa parut dan gula merah berharga RM3 untuk enam keping dan dia juga mengambil tempahan bagi menyediakan putu mayam untuk sebarang majlis keraian.

Mereka yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian 017-3419705.