Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kajian itu juga bagi mencari kaedah yang sesuai bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang pada masa depan.

Berdasarkan laporan awal, katanya, banjir kilat itu disebabkan pertembungan antara air laut yang sedang pasang dan hujan lebat menyebabkan kawasan rendah dinaiki air.

“Mesyuarat Exco hari ini telah membincangkan kejadian banjir itu dan mengarahkan JKR menjalankan kajian terperinci secara forensik mengenainya.

“Kita harap satu kaedah yang tepat dapat dirangka bagi menyelesaikan isu ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pada Isnin lalu, beberapa kawasan di Port Dickson termasuk apartmen percutian di Batu 7 dan kawasan rendah di sekitar pusat bandar telah dinaiki air.

Laut yang mengalami air pasang serta hujan lebat selama beberapa jam turut memberi kesan kerosakan dan kerugian kepada beberapa premis lain. - UTUSAN ONLINE