MOHAMAD HASAN

Menter Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini merupakan jajaran yang lebih baik berbanding cadangan asal yang akan menyebabkan lebih 1,000 buah rumah terpaksa dirobohkan.

Beliau menjelaskan, jajaran baharu bagi landasan itu juga lebih pendek iaitu 51 kilometer berbanding 54 kilometer sebelum ini.

“Ini yang terbaik kita boleh buat dibuat. Sebab itu kita tidak bina stesen di Seremban kerana ia akan melibatkan lebih 1,000 buah rumah.

“Laluan ini berbeza berbanding sebelum ini selepas lima jajaran dicadangkan,” katanya dalam sidang selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Projek landasan sejauh 350 kilometer itu akan menghubungkan Singapura dan Kuala Kuala Lumpur dengan lima stesen transit antara kedua-dua lokasi berkenaan.

Mohamad berkata, stesen HSR di negeri ini akan dibina di Labu di sini dan akan turut mempunyai sebuah terowong sepanjang satu kilometer di kawasan berbukit.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60 di Negeri Sembilan pada tahun ini akan disambut di padang Majlis Perbandaran Seremban di sini dengan melibatkan 15,000 hingga 20,000 peserta.

Menurut beliau, hadiah menarik iaitu sebuah kereta Perodua Axia turut disediakan kepada pemenang acara cabutan bertuah dalam sambutan itu.

habis