Maka tidak hairan jika kini, kerajaan mula mengambil langkah proaktif bagi menerapkan amalan gaya hidup sihat di negara ini termasuk menyediakan kemudahan seperti padang futsal, gelanggang badminton dan Gym 1Malaysia.

Begitu juga masyarakat di Je­lebu yang menggunakan sebaik mungkin kemudahan disediakan kerajaan iaitu Gym 1 Malaysia yang telah dibuka sejak 2009.

Menurut Pengerusi Kelab Gym 1Malaysia Daerah Jelebu, Muhammad Nur Hairizam Mohd. Yusof, langkah kerajaan me­nyediakan gimnasium tersebut telah memberi manfaat yang besar kepada rakyat.

Beliau berkata, ma­syarakat perlu pe­ka dalam soal kesihatan mereka kerana badan yang sihat mampu meningkatkan produktiviti dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.

"Kemudahan gimnasium ini ternyata memberi banyak kesan positif terutamanya dalam soal kesihatan me­­mandangkan kekurangan aktiviti fizikal sering menjadi punca penyakit serta mengundang masalah obesiti,” katanya ketika ditemui di Kuala Klawang dekat sini baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi kelab berkenaan, Fararuradzi Jalil berkata, sejak gimnasium tersebut mula beroperasi, sambutan masyarakat setempat sangat memberangsangkan.

“Tambahan pula, kini kita telah melaksanakan Ladies day pada setiap hari Khamis khusus untuk kaum wanita.

“Sambutan yang diterima daripada kaum wanita sangat baik ke­rana ia memberi keselesaan kepada mereka untuk melakukan aktiviti senaman,” ujarnya.

Menurutnya, kelab itu turut mengadakan aktiviti lain seperti pertandingan mencipta logo untuk gimnasium itu yang dapat memperkenalkan ia kepada rak­yat.

Katanya, pihaknya berharap dapat mengumpulkan komuniti setempat daripada pelbagai bangsa dan latar belakang dan memperhebatkan promosi kesedaran penjagaan kesihatan.