Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, aplikasi mudah alih melalui telefon pintar itu membolehkan maklumat dihantar dengan cepat sekali gus dapat membantu dalam membasmi jenayah.

“Orang ramai boleh me­nyalurkan aduan atau maklumat yang dilengkapi dengan video, gambar dan koordinat GPS lokasi kejadian menerusi VSP kepada polis.

“Pada masa ini, semua orang memiliki telefon pintar dan saya harap mereka dapat menggunakan aplikasi ini supaya kadar jenayah dapat diturunkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan aplikasi VSP peringkat kontinjen negeri sempena Hari Terbuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan di sini.

Yang turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis negeri, Datuk Jaafar Mohd. Yusof.

Aplikasi VSP dibangunkan menerusi kerjasama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan PDRM di bawah Program Rakan Cop.