Dalam nahas kira-kira pukul 5 petang itu, Nur Hidayah Basiron meninggal dunia di lokasi kejadian manakala abangnya berusia 23 tahun yang turut menaiki kereta tersebut cedera. 

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, Kamarulzaman Md. Salleh berkata, pihaknya tiba di tempat kejadian pada pukul 5.21 petang selepas menerima panggilan kecemasan. 

"Apabila sampai di lokasi kemalangan, pihak bomba mendapati dua beradik itu telah dikeluarkan dari kereta oleh orang ramai. 

"Pemandu wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan manakala seorang lagi mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut," katanya di sini hari ini. 

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang tinggal di Rumah Guru Pusat Bandar Felda Palong di sini dipercayai datang dari arah jalan Felda Bukit Rokan sebelum terlibat dalam kemalangan terbabit.  - UTUSAN ONLINE