Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Zainudin Ahmad berkata, mangsa yang maut dalam kejadian pukul 2.30 petang itu ialah empat penumpang sebuah kereta jenis Honda Stream.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas sebuah lori dari arah Sepang melanggar sebuah motosikal sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh tiga kenderaan lain iaitu Honda Stream, Perodua Myvi dan Mercedes-Benz.

“Lima mangsa yang cedera ialah pemandu tiga kereta terbabit, penunggang motosikal serta pemandu lori.

“Bagaimanapun, setakat ini identiti empat mangsa yang meninggal dunia belum dikenal pasti,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE