Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu, ambulans terbabit sedang membuat pusingan U untuk ke lokasi kemalangan yang berlaku di arah bertentangan sebelum dilanggar kereta Perodua Myvi yang memotong kenderaan sesak.

Jurucakap APM negeri, Normawati Soh berkata, ketika kejadian siren dan viken ambulans telah dibunyikan dan keadaan lalu lintas di lokasi kemalangan padat dengan kenderaan.

"Perodua Myvi yang terkandas dalam kesesakan itu bertindak memotong kenderaan di hadapan sebelum merempuh sisi kanan ambulans yang sedang membuat pusingan U," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Normawati, pemandu dan penumpang Perodua Myvi turut mengalami kecederaan dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini menggunakan ambulans lain untuk menerima rawatan. - UTUSAN ONLINE