Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Derita 'berjiran' bengkel kereta

Masalah kebersihan, bunyi bising jejas hidup penduduk Fasa 1, Taman Rasah Jaya

KENDERAAn buruk yang ditinggalkan  pengusaha bengkel  di tepi 8
KENDERAAN buruk yang ditinggalkan pengusaha bengkel di tepi jalan.

SEREMBAN 14 Mac - Kewujudan deretan bengkel kereta yang beroperasi berhampiran kawasan perumahan di Fasa 1, Taman Rasah Jaya di sini kurang disenangi penduduk kerana didakwa menyumbang kepada pencemaran dan masalah lain.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kawasan bengkel tersebut hanya terletak beberapa meter dari rumah penduduk dan terdapat beberapa buah kereta yang rosak tersadai di bahu jalan.

Lebih memburukkan keadaan terdapat timbunan tayar terpakai tidak diurus dengan baik dan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Selain itu tumpahan sisa mi­nyak yang bertakung di dalam longkang lorong belakang premis turut mencemarkan persekitaran.

Berdasarkan pemerhatian, pe­ngusaha bengkel terbabit langsung tidak mempedulikan aspek kebersihan.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Chinaya, 52, mendakwa kewujudan bengkel tersebut mengundang pelbagai masalah sehingga memaksa mereka sekeluarga berpindah ke taman perumahan lain.

Katanya, bimbang dengan ancaman nyamuk aedes antara punca mereka sekeluarga me­ninggalkan kawasan itu.

“Saya sekeluarga hanya tinggal di kawasan berkenaan selama setahun dan dalam tempoh itu kerap mendengar orang dijangkiti demam denggi. Saya risau jika ia berlaku terhadap keluarga saya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang penduduk, M. Chandran, 52, yang mengalami masalah jantung hanya mampu bersabar dengan suasana yang sepatutnya menjadi tempat pa-ling selesa untuk didiami.

Katanya, sikap tidak peduli pihak berkuasa tempatan terhadap masalah itu amat dikesali sedangkan aduan telah dibuat sebelum ini.

“Bukan baru sebulan dua masalah ini berlaku tetapi ia sudah berlarutan hampir enam tahun, namun tiada tindakan sewajarnya diambil oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS),” katanya yang sudah tinggal di kawasan itu hampir 25 tahun.

Tambah Chandran, segelintir pengusaha bengkel yang meletakkan kereta rosak di bahu jalan turut menyusahkan penduduk untuk keluar bekerja dan menghantar anak ke sekolah.

Seorang lagi penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Mohamad Zoul, 35, melahirkan rasa hairan bagaimana deretan bengkel boleh diberi kebenaran oleh MPS untuk beroperasi dalam jarak beberapa meter dengan kawasan perumahan.

“Kami terpaksa membersihkan halaman rumah dan mendengar bunyi bising dari bengkel setiap hari.

“Kadangkala mereka menjalankan operasi sehingga lewat malam dan mengganggu kami untuk berehat,” dakwanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain