Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu bukan mustahil untuk dicapai kerana kerusi tersebut kerap bertukar tangan antara BN dan pembangkang dalam beberapa PRU yang lalu.

“Parlimen Seremban sentiasa berubah-ubah, kita tidak boleh kata ia kawasan hitam atau putih kerana dari segi sejarahnya sentiasa beralih-alih tangan.

“UMNO perlu mainkan peranan kerana daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Seremban, tiga diwakili oleh calon UMNO iaitu Ampangan, Sikamat dan Lenggeng.

“Kalau UMNO boleh menang dengan majoriti selesa dan MCA bekerja keras di tiga lagi DUN, saya yakin Parlimen Seremban boleh dirampas oleh BN,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Dalam PRU-13 lalu, Parlimen Seremban dimenangi DAP yang turut menang di tiga kerusi DUN iaitu Lobak, Nilai dan Temiang, manakala Sikamat dikuasai PKR. UMNO pula menang di Ampa­ngan dan Lenggeng.