Bayi yang lengkap berpakaian dan dibalut dengan kain itu dijumpai seorang lelaki berusia 46 tahun selepas ternampak kotak tersebut di atas tembok pagar rumahnya.

Ketua Polis daerah, Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, lelaki itu kemudian menghubungi pihak polis dan bayi itu kini sedang dirawat di Hospital Jempol.

“Polis percaya kejadian ini melibatkan kes menyembunyikan kelahiran dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE