Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superitenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, bayi berkenaan ditemukan oleh seorang lelaki yang datang ke surau tersebut pada pukul 6.56 pagi untuk menunaikan solat Subuh.

"Bayi itu yang masih mempunyai tali pusat ditemukan di bahagian solat wanita dalam keadaan dibalut dengan kain putih dan sejadah.

"Tiada sebarang pengenalan ditemukan atau nota ditinggalkan pada bayi berkenaan," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, bayi seberat 2.7 kilogram itu berada dalam keadaan sihat dan dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. - UTUSAN ONLINE