Tajaan bagi 47,650 naskhah Tutor bernilai RM29,880 itu melibatkan 47 sekolah menengah dan 15 sekolah rendah.

Hasan menyerahkan tajaan tersebut kepada Timbalan Pegawai Pendidikan daerah, Kamanizam Tindek dalam Majlis Pelancaran Sumbangan Tutor 2018 dan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senaling, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Unit Produk Baharu/Sokongan dan Operasi Utusan Melayu (M) Berhad, Azharudin Awang Long dan Pengetua SMK Senaling, Elmy Azizan Abdul Aziz.

Pada majlis tersebut, Hasan yang juga Duta Besar Malaysia ke Kemboja menerima laporan prestasi akademik pelajar Kuala Pilah hasil penggunaan Tutor pada 2017 yang disediakan Pejabat Pendidikan daerah. - UTUSAN ONLINE