Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

91 premis kotor diarah tutup sepanjang enam bulan tahun ini

Zainuddin MOHD. ALI (tengah )  bersama pegawainya memeriksa  tahap
ZAINUDDIN MOHD. ALI (tengah ) bersama pegawainya memeriksa tahap kebersihan bahagian dapur sebuah restoran semasa Operasi Bersepadu Premis Makanan Bersih di Nilai, Negeri Sembilan, kelmarin.

SEREMBAN 20 Ogos – Sebanyak 4,325 premis makanan diperiksa Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan sepanjang enam bulan tahun ini dengan 91 daripadanya diarah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana kotor.

Pengarahnya, Dr. Zainudin Mohd. Ali berkata, dalam tempoh itu juga sebanyak 1,105 notis kompaun bernilai RM212,400 dikeluarkan kepada pemilik dan pengendali makanan.

Beliau berkata, bagi tahun 2016, sebanyak 124 daripada 6,538 premis yang diperiksa diperintahkan tutup di bawah akta yang sama.

“Bagi memastikan premis ma­kanan sentiasa pada tahap memuaskan, operasi akan terus dijalankan dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenya­taan di sini.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya telah mengadakan Operasi Bersepadu Premis Makanan Bersih pada Selasa lalu melibatkan premis di sekitar Velodrom Nasional yang men­jadi gelanggang berbasikal Sukan SEA kelak.

“Dalam operasi itu sebanyak 46 buah premis makanan terma-suk tiga hotel telah diperiksa oleh 43 pegawai penguat kuasa dalam operasi yang bermula sejak pukul 9 pagi itu.

“Sebanyak enam premis di­­­arah tutup selama 14 hari ma­nakala 64 notis yang boleh dikompaun bernilai RM21,500 telah dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak bertolak ansur terhadap peniaga yang mengabaikan aspek kebersihan premis khususnya di sekitar venue temasya sukan tersebut.

“Ini bagi memastikan makanan yang dijual kepada peserta atau pengunjung adalah bersih dan tiada risiko berlakunya keracunan makanan atau penyakit bawaan air,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain