Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad (Wilayah Tengah), Datuk Hoo Kim See berkata, pihaknya menyasarkan pe­nyertaan peserta tempatan dan luar negara seperti yang dicapai dalam pertandingan sebelum ini.

“Buat tahun ketiga berturut-turut, sumbangan yang dikutip daripada acara ini akan disalurkan kepada dua badan kebajikan iaitu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Persatuan Penyakit Lysosomal Malaysia (MLDA),” katanya dalam sidang akhbar di Seremban baru-baru ini.

Katgeori yang dipertandingkan ialah 21 kilometer (km) dan 12 km selain 5 km dan orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh melayari www.ijmlandrun.com.