Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

85 ditauliah Leftenan Muda Palapes

Musa AHMAD (depan, empat dari kanan) bersama sebahagian Pegawai
MUSA AHMAD (depan, empat dari kanan) bersama sebahagian Pegawai Muda Palapes USIM yang ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam majlis Santapan Malam Regimental di Telok Kemang, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

TELOK KEMANG 21 Ogos – Seramai 85 Pegawai Muda menjadi kumpulan pertama yang dilahirkan oleh Markas Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Mereka telah ditauliahkan da­lam Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam Ke-36 pada 12 Ogos lalu di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad melahirkan rasa bangga kerana universiti tersebut kini memiliki Markas Palapes sendiri setelah tujuh tahun bergerak bersama Palapes Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Alhamdulillah segala perit jerih bagi menubuhkan Markas Palapes sendiri telah tertunai dan 85 Pegawai Muda ini merupakan kumpulan pertama yang dilahirkan sendiri dari markas tersebut,” katanya.

Beliau yang juga Komandan Palapes USIM berkata demikian dalam Majlis Santapan Malam Regimental Pegawai Muda Palapes USIM Siri Satu di Hotel Lexis Hibiscus di sini.

Canselor USIM, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan ber­angkat ke majlis tersebut.

Dalam majlis itu, Tuanku Aishah turut berkenan menyampaikan anugerah khas kepada Pegawai Muda Palapes USIM cemerlang serta menyampaikan Watikah Kurnia Penghargaan kepada setiap semua Pegawai Muda.

Yang turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) merangkap Timbalan Komandan Palapes USIM, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Datuk Dr. Zulkiple Abd. Ghani dan Ketua Jurulatih Palapes USIM, Mejar Amran Omar.

Palapes merupakan salah satu kursus badan beruniform berkredit yang ditawarkan oleh Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah USIM dan mahasiswa yang dipilih akan mengikuti kursus serta latihan selama enam semester sebelum ditauliahkan sebagai Leftenan Muda.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain