Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, sebanyak 42 saman yang dikeluarkan itu membabitkan 39 motosikal, dua kereta dan sebuah bas atas pelbagai kesalahan.

“OP Bersepadu ini dilakukan di Kilometer 0.5 Jalan Bahau-Juasseh dari pukul 8 hingga 11 malam.

“Operasi disertai 10 pegawai dan anggota polis trafik serta 10 pegawai dan anggota JPJ,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Muhd. Nur Hishamuddin berkata, kesalahan yang dilakukan adalah melibatkan nombor plat kenderaan, cukai jalan dan insurans, lesen memandu, alat pemadam api serta melanggar lampu isyarat merah.

Kata beliau, kesalahan lain yang dikenal pasti adalah melakukan pusingan U di lokasi tidak dibenarkan, tiada cermin sisi, mengubah suai kenderaan, penunggang bawah umur dan tidak memakai topi keledar. - UTUSAN ONLINE