Penolong Pengurusnya, Fatin Nabila Mokhtar berkata, pengunjung berpeluang melihat fenomena tersebut bermula seawal pukul 7.24 pagi.

“Waktu kemuncak adalah pada pukul 8.20 pagi dan berakhir pada pukul 9.31 pagi.

“Kita turut menyediakan perkhidmatan menjual teleskop dan cermin mata khas untuk memudahkan pengunjung melihat bentuk matahari,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Fatin Nabila, sentuhan pertama berlaku iaitu ketika bulan kali pertama berada di satu sisi matahari kira-kira lima ke enam minit selepas terbitnya matahari.

Selain aktiviti melihat fenomena tersebut, pengunjung turut berpeluang menunaikan solat sunat gerhana matahari yang diadakan pada pukul 9 pagi.

“Orang ramai dapat menyaksikan fenomena gerhana ini semula pada tahun 2043,” katanya.