Mereka merupakan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di 38 buah sekolah di daerah ini.

Sumbangan beg, kasut, pakaian seragam dan alat tulis itu di­sampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan, Datuk Abu Ubaidah Redza dalam program Kembali Ke Sekolah yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Ampangan di sini.

Pengarah Urusan ON Semiconductor, Jose Hernandez berkata, bantuan tersebut merupakan usaha syarikat berkenaan bagi meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan untuk anak masing-masing bagi sesi per­sekolahan akan datang.

“Kami percaya langkah menyumbang kepada masyarakat di lokasi kilang kami beroperasi akan membawa kesan positif.

“Kepada pelajar yang menerima sumbangan, kami berharap ia dapat merangsang mereka dalam pem­belajaran dan berjaya di alam persekolahan,” katanya dalam majlis tersebut di sini.

Yang turut hadir Pengerusi Yayasan Salam Malaysia, Datuk Ahmad A. Talib.

Menurut Hernandez, syarikat tersebut sentiasa memberi perhatian terhadap aktiviti seumpama itu yang merupakan bahagian penting dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan.

“Kami komited membantu melalui program sumbangan ini dan ini terbukti apabila program ‘Pemberian Komumiti Global’ yang diperkenalkan awal tahun ini te­lah memberi kesan positif kepada masyarakat,” katanya.