Pengerusinya, Muhammad Ridhuan Lau Abdullah berkata, penganjuran majlis yang masuk tahun kedua itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat Cina melibatkan mereka yang telah lama memeluk Islam (mukalaf) dan yang baharu (mualaf) serta ahli keluarga masing-masing.

Belia berkata, penganjuran majlis yang mendapat sambutan baik dalam kalangan ahli keluarga masyarakat Cina Muslim itu juga diharap dapat mempamerkan keindahan agama Islam dan me­ngukuhkan lagi perpaduan kaum masyarakat di negara ini.

“Kami meneruskan tradisi makan malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina bersama ahli keluarga. Sambutan ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam kerana ia bukan sambutan upa­cara keagamaan,’’ katanya.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza dan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad.

Pada majlis itu, Abu Ubaidah menyampaikan cek berjumlah RM5,000 dari pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan Piusba.