Pengerusi Komuniti 1Malaysia kampung itu, Ariffin Husin berkata, mereka berbuat demikian bagi membuktikan kemampuan kampung tersebut setelah menjuarai kategori Anjung Komuniti 1Malaysia Peringkat Kebangsaan tahun lalu.

“Kami telah membelanjakan sehingga RM14,000 bagi membeli 3,000 Jalur Gemilang dan kelengkapan lain bagi memasangnya di sepanjang jalan dan setiap blok dalam kampung ini. Hasil semangat bersatu padu dan kerjasama yang baik semua pihak, kami berjaya melaksanakan tanggungjawab ini.

“Kami bukan melabur untuk menang semata-mata tetapi i­ngin membuktikan bahawa semangat jiwa merdeka itu tidak ternilai harganya. Wang yang dibelanjakan­ untuk me­nyema­rakkan Bulan Kemerdekaan itu kecil nilainya ji­ka diban­dingkan de­ngan pe­ngorbanan orang terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan,” katanya ketika ditemui dalam majlis penilaian pertandingan itu di sini.

Sementara itu, Pengarah Ja­batan Penerangan negeri, Sa­baruddin Yeop Hamzah memuji komitmen dan kerjasama penduduk kampung yang me­ngibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah dan menggunakan wang ma­sing-masing untuk membeli bendera.

“Ketika melakukan penilaian, saya amat bangga dan terharu apabila melihat setiap jalan dipenuhi dengan bendera serta pelbagai ukiran kreatif menggunakan bahan terbuang untuk membina replika Menara Berkembar Petronas dan Menara Telekom Malaysia.

“Ini jelas membuktikan bahawa rasa kecintaan kepada negara dan pejuang kemerdekaan yang berjaya membebaskan negara ki­ta enam dekad lalu,” ujarnya.