MOHAMAD HASAN
MOHAMAD HASAN

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, program yang dianjurkan sejak tahun 2008 itu diadakan berhampiran Masjid At-Taqwa, Paroi di sini mulai pukul 2 petang.


Ujarnya, program selama dua hari itu dianjurkan oleh kerajaan negeri bagi mengurangkan beban perbelanjaan orang ramai dalam mendapatkan keperluan bahan mentah dengan harga berpatutan.


“Kita akan menyediakan 200 ekor lembu dan harga dagingnya lebih murah daripada pasaran. Sebagai contoh, daging pejal biasa dijual RM28 sekilogram berbanding RM35 sekilogram di pasaran, iaitu perbezaan RM7.


“Begitu juga daging batang pinang akan dijual dengan harga RM29 sekilogram semasa program itu, berbanding RM38 sekilogram di pasaran. 


“Bahan mentah lain seperti ayam, telur, itik salai, ayam salai dan daging salai juga akan dijual dengan harga lebih murah. Terdapat juga produk lain seperti santan, sayuran dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.


Menurut Mohamad lagi, kerajaan negeri juga tidak mengehadkan jumlah daging dan barang keperluan yang boleh dibeli oleh pelanggan semasa program itu. 


Beliau berkata, beberapa penambahbaikan dilakukan kali ini termasuk mewujudkan projek Ladang Mantai Negeri Sembilan bagi memastikan bekalan daging mencukupi untuk orang ramai semasa program tersebut. - UTUSAN ONLINE