Perarakan bermula pukul 8 pagi itu didahului dengan lintas hormat oleh pasukan Polis Diraja Malaysia disusuli pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, badan politik, pasukan beruniform serta pertubuhan bukan kerajaan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak dan nyanyian lagu ‘Bahtera Merdeka’.

Sambutan itu dihadiri kira-kira 1,000 penduduk termasuk Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Datuk Lilah Yasin, ADUN Jeram Padang, L. Manickam dan dan Pegawai Daerah Jempol, Zazali Salehudin.

Sementara itu, Zazali berkata, program tersebut adalah julung-julung kali diadakan di daerah ini dan berlangsung dengan meriah.

“Lebih menyeronokkan apabila perarakan ini disertai oleh pelbagai bangsa dan agama yang sama-sama meraikan Hari Kebangsaan.

“Orang ramai dari pelbagai lapisan umur termasuk kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang menunjukkan semangat patriotik dengan mengenakan pakaian bertemakan Jalur Gemilang,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Majlis Daerah Jempol diumumkan sebagai juara perbarisan kategori bukan beruniform manakala pasukan Rela menjuarai kategori badan beruniform.