Program selama tiga hari itu menjelajah dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka mengunjungi enam muzium iaitu Muzium Adat, Teratak Pepatih, Muzium Lukut, Muzium Kesultanan Melayu Melaka, Muzium Seni Bina Malaysia dan Encore Melaka.

Aktiviti tahunan itu bertujuan memberi peluang kepada pengamal media mengunjungi dan mengenali muzium menerusi pelbagai aktiviti, selain merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Selain syarikat dan agensi media, turut menyertai cabaran kali ini pengendali laman blog.

Majlis perasmian akan disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi malam ini. - UTUSAN ONLINE