Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

2,000 motosikal retro berhimpun

Sebahagian dari 2,000 motosikal  yang memeriahkan suasana DMoncheh
Sebahagian dari 2,000 motosikal yang memeriahkan suasana DMoncheh Retro Bike Week 2017 di Padang Mini Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

TAMPIN 13 Ogos - Kira-kira 2,000 motosikal yang popular pada tahun 90-an menggegar Padang Mini Gemencheh dekat sini dalam program D'Moncheh Retro Bike Week 2017, baru-baru ini.

Para pengunjung dapat me­nyaksikan motosikal yang pernah menjadi kegilaan anak-anak muda zaman tersebut antaranya Yamaha RD350LC YPVS, Yamaha RXZ, Suzuki Panther TXR 150, Yamaha RXS, Honda Rider, Suzuki GSX Katana, Kawasaki KR serta beberapa jenis motosikal klasik.

Program itu julung kali dianjurkan oleh Rakan Permotoran Melaka (RPM) dengan kerjasama Retro Bloodbrothers Kuala Pilah (RBKP), Alor Gajah Retro Bikers (AGRB) dan TXR150 Generation Tampin.

Ia telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh, Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa.

Menurut penyelaras program, Sukiman Mesman, selain warga tempatan peserta program da­tang dari beberapa ne­geri antaranya Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan negeri-negeri Pantai Timur.

“Program ini turut dimeriahkan dengan tiga jenis pertandi­ngan iaitu motorsikal lama, cantik dan klasik serta acara sampingan seperti tarik tali, motor paling perlahan dan karaoke,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain