Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata, daripada jumlah itu, seramai 73,898 orang merupakan pelajar sekolah menengah manakala baki 95,447 adalah murid sekolah rendah.

“Setakat ini, sesi persekolahan 2018 di Negeri Sembilan serta negeri-negeri lain yang memulakan sesi persekolahan pada hari ini berjalan lancar,” katanya kepada pemberita semasa melakukan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) King George V di Ampangan di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan, Datuk Abu Ubaidah Redza dan Pengarah Pendidikan negeri, Pkharuddin Ghazali. - UTUSAN ONLINE