Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini merupakan sebahagian daripada 14 projek keseluruhan yang diluluskan dengan melibatkan 6,400 unit rumah.

“Ketika ini dua daripada projek PPA1M yang melibatkan 161 unit rumah siap dibina di dua kawasan iaitu Rantau (20 unit) dan Kuala Pilah (141 unit).

“Dalam masa dua tahun ini saya jangkakan, beribu-ribu rumah PPA1M akan dapat dibina meliputi kawasan Seremban, Port Dickson dan Jelebu,” kata-nya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan kunci projek PPA1M Taman Berlian dekat sini.Yang turut hadir, Ke­tua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Speaker Dewan Undangan Ne-geri, Datuk Dr. Awaludin Said dan Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ne-geri, Datuk Jalaluddin Alias.

Menurut Mohamad, harga rumah PPA1M yang dijual tidak melebihi RM300,000 dengan 30 peratus daripadanya merupakan subsidi kerajaan.

PPA1M Taman Berlian merupakan projek pertama seum-pamanya yang disiapkan di negeri ini di atas tanah seluas 1.75 hektar dan pembangunannya melibatkan 20 unit rumah berkembar satu tingkat dengan harga jualan RM299,280.

PPA1M dibina khusus bagi membantu penjawat awam ter­utamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah di bawah harga pasaran.