Mereka mengadakan bantahan itu di tapak bazar Ramadan itu selama 40 minit mulai pukul 9 pagi tadi.

Pengurus Casy Clear Management Sdn. Bhd., Ab. Syukur Ab. Majid berkata, pihaknya telah menjadi penganjur bazar Ramadan itu sejak 2010 dan tidak pernah timbul sebarang masalah sejak itu.

Katanya, pihaknya sudah pun mengutip deposit sebanyak RM300 daripada para penjaja tersebut untuk tapak dan khemah bagi bazar Ramadan tahun ini.

“Bagaimanapun, kami hanya tahu permohonan untuk menganjurkan bazar Ramadan ini telah ditolak oleh MPN semalam.

“Para penjaja tidak berpuas hati dengan pemilihan penganjur pada tahun ini dan peluang mereka kini telah terjejas,” katanya di sini hari ini.

Beliau difahamkan, penganjuran bazar Ramadan itu telah diberi kepada pihak lain.

 

Jelasnya, pihaknya tidak dipanggil oleh MPN untuk berbincang mengenai perkara itu walaupun telah menjadi penganjur selama lapan tahun.

Ab. Syukur berharap isu itu mendapat perhatian pihak berkuasa bagi memastikan penjaja mendapat peluang berniaga tahun ini. - UTUSAN ONLINE