Ahli Exco terbabit terdiri daripada lima ADUN DAP, tiga daripada PKR dan dua daripada PAN.

ADUN DAP yang mengangkat sumpah adalah Teo Kok Seong (Bahau), S. Veerapan (Repah), J. Arul Kumar (Nilai), Nicole Tan (Bukit Kepayang) serta Choo Ken Hwa (Lukut).

Manakala ADUN PKR pula terdiri daripada Dr. Rafie Ab. Malek (Ampangan), Ismail Ahmad (Labu) dan Mohamad Nazaruddin Sabtu (Pilah)

Ia diikuti dua ADUN PAN iaitu Bakri Sawir (Klawang) dan Mohamad Taufek Abd Ghani (Paroi).

Portfolio yang dipegang oleh kesemua Exco dijangka akan diumumkan Menteri Besar, Aminuddin Harun pada sidang akhbar petang ini.

Hadir sama mengiringi baginda semasa istiadat ialah Tuanku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud bersama dua anakanada baginda, Tunku Ali Redhauddin serta Tunku Zain Al’Abidin.

Turut hadir Undang Luak Rembau, Datuk Muhammad Sharip Othman; Undang Luak Johol, Datuk Mohammed Abdullah dan Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak. - UTUSAN ONLINE.