Acara itu dianjurkan oleh Kumpulan Avillion Hotel bersama DRB-Hicom Bhd., Bank Muamalat (Malaysia) Bhd. dan Pos Laju dengan akhbar Utusan Malaysia bertindak sebagai rakan media program tersebut.

Para perserta terdiri daripada rakyat tempatan dan asing termasuk selebriti tempatan antaranya Sarah Lian, Yusry dan Lisa Surihani, Joe Flizzow, Amy Search dan Deborah Henry.

ACR17 menawarkan tiga kategori tunggangan iaitu Fun Ride sejauh 25 kilometer (km), Scenic Ride (90 km) dan Endurance Ride (160 km).

Pelepasan acara itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri, Datuk Tun Hairudin Abu Bakar di pekarangan hotel Avillion Port Dickson di sini kira-kira pukul 7 pagi.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Zamri Mat Kasim; Pengerusi Reliance Pacific Bhd., Tan Sri Dr. Samsudin Hitam dan Pengarah Urusan Reliance Pacific Bhd., See Ah Sing. - UTUSAN ONLINE