Pengarah program, Musalmah Muhamad berkata, program yang melibatkan peserta dari 54 buah tadika swasta seluruh Negeri Sembilan itu berumur antara empat hingga enam tahun.

“Haji Cilik 2017 peringkat negeri merupakan program julung kali diadakan di sini dan mendapat sambutan memberangsangkan murid-murid tadika.

“Program ini merupakan anjuran Pengusaha Tadika Swasta Negeri Sembilan dan mendapat kerjasama Persatuan Tadika Islam Malaysia (Pertim) serta Jabatan Pendidikan negeri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE