Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Mejar (B) Datuk Sazali Ismail berkata, acara tersebut melibatkan jarak larian sejauh lapan kilometer yang bakal menguji ketahanan peserta.

"Kita yakin dapat mengumpulkan 1,000 peserta bagi acara tersebut. Kita juga akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna dan gerai jualan semasa pertandingan itu," katanya dalam Majlis Pelancaran Warriors Challenge @ N9 di sini hari ini.

Pelancaran acara tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri, Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar.

Pada majlis itu, Mohamad turut menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada Tabung Pahlawan. - UTUSAN ONLINE