Pembayar zakat korporat itu ialah Lembaga Tabung Haji dengan nilai zakat sebanyak RM2.8 juta, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (RM1.43 juta), Bank Islam Malaysia Berhad (RM366,826.66) dan RHB Islamic Bank Berhad sebanyak RM250,000.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menerima cek zakat perniagaan tersebut di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah di sini. - UTUSAN ONLINE