Penolong Pegawai Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS, Mohd. Hazim Abd. Wahid berkata, kerja pembersihan oleh kontraktor dilantik berjalan sepanjang hari sambutan yang bermula malam tadi.

Katanya, Pos Kawalan MPS turut dibuka bagi memudahkan pemantauan kerja pembersihan yang telah dibahagikan kepada dua zon utama iaitu Zon A di sekitar Sungai Batu dan Zon B di hadapan dan sekitar kuil utama melibatkan kira-kira 50 pekerja pembersihan dalam tiga syif berasingan.

“Setiap tiga jam penyelia bagi setiap zon diminta melaporkan status pergerakan kerja di kawasan masing-masing meliputi kerja sapuan dan kutipan tong,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE