MPAJ turut mengiktiraf per­khidmatan­ cemerlang kaki­tangannya­ menerusi tiga kategori­ lain iaitu Anugerah Khas Pemandu, Anugerah Khas Sukan dan Anugerah Khas Kepujian.

Yang Dipertua MPAJ, Abd. Hamid Hussain berkata, beliau mengucapkan­ tahniah kepada para penerima kerana menunjukkan­ komitmen yang tinggi sepanjang tahun lalu.

Katanya, kejayaan mereka akan menjadi contoh dan pendorong kepada kakitangan MPAJ yang lain untuk berkhidmat dengan lebih baik.

“Saya berharap kecemerlangan ini akan dikekalkan serta menjadi pencetus kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang,”­ katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan anugerah tersebut dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPAJ di sini.

Sementara itu, penerima Anu­gerah Khas Sukan, Muhammad Zainuddin­ Mashuri melahirkan rasa teruja apabila dipilih menerima anugerah itu.

“Saya tidak menjangka dipilih menerima anugerah tersebut memandangkan persaingan untuk kategori itu sangat hebat,” ujar­nya.