Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mohon kerajaan pertimbang elaun keraian penghulu

KUALA TERENGGANU 16 Julai – Ke­satuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Terengganu memohon kerajaan negeri mempertimbangkan pembayaran semula elaun keraian kepada 79 ahlinya selepas imbuhan itu dipotong sejak 1990-an.

Pengerusinya, Mohd. Adnan Mohd. Amin berkata, langkah itu bertujuan memperkasakan perhubungan antara penghulu dan penggawa dengan masyarakat di samping membantu penduduk yang memerlukan.

“Pemberian elaun keraian dimulakan pada 1970-an tetapi dipotong ketika negara berdepan kegawatan ekonomi. Setakat ini hanya empat negeri sahaja yang terbabit dengan imbuhan itu iaitu Selangor, Kedah, Johor dan Pahang.

“Kita memahami situasi ekonomi negara masa kini, jadi kita berharap agar kerajaan negeri dapat memberi pertimbangan itu sekiranya keadaan ekonomi sudah pulih dan berkemam­puan untuk menyambungnya semula,” katanya selepas perasmian penutup Program Penerangan TTB-Penghulu Terengganu 2017 dan Mesyuarat Agung Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Terengganu Ke-42, di sini semalam

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib merasmikan program tersebut.

Dalam majlis itu, penghargaan diberikan kepada tiga penghulu dengan dua daripadanya iaitu Mohd. Sidek Ahmad dan Zakaria Mohd. yang bersara manakala Kamaruzzaman Muda ditukarkan ke jawatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Dungun.

Mohd. Adnan berkata, pemberian elaun keraian kepada penghulu adalah lima peratus daripada gaji yang diterima.

Katanya, penghulu sentiasa berdiri teguh dan memberi sokongan penuh terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, terdapat sembilan kekosongan jawatan penghulu di seluruh negeri ini iaitu lapan bagi gred N29 dan satu gred N32.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain