Mohamed dari Kuala Lumpur mencurahkan kreativiti dengan mengangkat wajah negeri melalui lukisan bertajuk Warisan Seni Pembuatan Bot Tradisonal, membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000.

Tempat kedua disandang oleh pelukis tempatan, Nazli Hamzah, 61, melalui karya bertajuk Akal Di mata Pahat Pesona Seluruh Alam, membolehkannya menerima hadiah wang tunai RM6,000.

Tempat ketiga dengan hadiah RM4,000 dimenangi oleh Abdul Rahman Sakarang, 22, dari Sabah dengan karya bertajuk Silat Kura-Kura manakala lima lagi peserta menerima hadiah saguhati, masing-masing sebanyak RM1,500.

Dalam kategori karya spontan pula, Abdullah Ehlid Al Walid Luli @ Ehlid Lili mendapat tempat pertama melalui Jiwa 11 menerima wang tunai RM2,000, kedua karya Rezeki Payang oleh Muhamad Sazri Russalam Zulkernain (RM1,000) dan ketiga Pedoman dan Peneman oleh Taib Abdul Razak (RM750).

Semua hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Sulaiman Sulong yang diadakan Muzium Negeri di sini, hari ini.

Program anjuran Muzium Negeri kali ke-10, sejak tradisi itu dimulakan pada 2005 itu menawarkan hadiah keseluruhan RM35, 750 dengan penyertaan terbuka kepada seluruh aktivis seni catan tanah air.

Sebanyak 74 penyertaan diterima untuk kategori karya spontan dan sebanyak 66 buah untuk kategori karya siap yang menjurus ke arah mempromosikan Terengganu melalui paparan seni budaya, resam kehidupan, warisan alam dan sejarah. - UTUSAN ONLINE