Itu antara reaksi seorang anak muda apabila ditanya mengenai usaha kerajaan memperkenalkan Perumahan Transit Belia, khusus untuk golongan sasar sepertinya yang hanya bergaji RM4,500 sebulan untuk memiliki kediaman sendiri suatu hari nanti.

Ahmad Adi Salim, 25, seorang eksekutif muda di sebuah syarikat swasta di ibu negara itu berkata, dia terharu dan cukup menghargai usaha tersebut sekali gus memecah persoalan ‘Sampai bila mereka mahu terus menyewa?

Projek yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mukim Batu dan Kepong baru-baru ini menawarkan sebanyak 2,010 unit rumah dan dijangka siap sepenuhnya pada 2020.

Tujuan utama projek itu untuk membantu golongan muda M40 (isi rumah berpendapatan sederhana antara RM3,860 hingga RM8,319) se­bagai pe­r­u­mahan transit sehingga mereka benar-benar mampu membeli rumah sen­diri yang lebih baik dan selesa.

Melalui konsep yang diper­kenalkan penyewa terbabit akan membayar RM400 untuk rumah studio satu bilik seluas 400 kaki persegi dan RM550 rumah studio dua bilik berkeluasan 550 kaki persegi.

Penyewa terbabit akan membayar sewa bulanan dan ta­bungan RM250 sebulan da­lam tempoh maksimum lima tahun.

Ini bermakna apabila mereka keluar sudah ada tabungan RM15,000 sebagai deposit membeli rumah.

Perumahan mampu milik merupakan antara isu dan ca­baran yang sentiasa menjadi perhatian kerajaan.

Selain ketidakpadanan penawaran dan permintaan terhadap rumah mampu milik, kenaikan harga rumah dan perancangan serta penyelarasan yang kurang bersepadu antara penyebab golongan ini tidak mampu memiliki kedi­a­man sendiri dan terus menyewa.

Usaha memperkenalkan perumahan seumpamanya mengikut kumpulan sasar seperti belia ibu kota perlu diperluas.

Langkah ini antara lain bertujuan membantu kumpulan sasar menyewa rumah dan pada masa sama menabung untuk membeli rumah impian.

Penulis percaya, semua menyedari bahawa perumahan memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan sosioekonomi dan kesejahte-raan masyarakat.

Rumah berfungsi sebagai tempat berlindung dan ke­upayaan menyediakan per­sekitaran hidup yang boleh mempengaruhi dan membentuk perilaku manusia, produktiviti dan pembangunan.

Percayalah, apa yang berlaku pada masa akan datang, segalanya bermula dari rumah.