Jesteru, Zainal berharap pemainnya akan cepat pulih dan kembali cergas sebelum menghadapi perlawanan penting bertemu PKNS FC bagi aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Shah Alam, Rabu ini.


Zainal Abidin yang juga bekas pemain kebangsaan era 1980-an dan 90-an, tidak mahu kehilangan lebih ramai pemain akibat kecederaan yang boleh merencatkan perancangan pasukan.


"Kecederaan dialami Ramzi dan Darko agak serius, namun kita akan biarkan pihak perubatan melakukan pemeriksaan dan menentukan kedudukan mereka, namun kami berharap mereka cepat pulih dan kembali kepada pasukan.


"Saya berharap para pemain lebih bersedia dan menyesuaikan diri dengan kesebelasan utama, selain perlu melipat gandakan usaha, kerana satu pasukan akan tersingkir pada perlawanan Rabu ini dan jika kita persiakannya, ia merugikan pasukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan di sini, malam tadi.


Terdahulu dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, skuad Sang Kancil berkongsi satu mata selepas terikat 0-0 ketika bertemu Perak dalam perlawanan yang disaksikan lebih 5,000 penyokong.


"Bahagian serangan perlu ditajamkan lagi kerana kita banyak sia-siakan peluang, mungkin kehadiran Liridon seminggu dua ini untuk menjalani latihan bersama pasukan.

“Ketika ini, dia masih melakukan rawatan, mungkin dengan kehadirannya akan memudahkan pasukan," ujarnya. - BERNAMA