Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di masjid itu pada pukul 6.55 petang disambut oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Adly Zahari.

Baginda berdua sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam pukul 2 petang ini untuk lawatan kerja dua hari ke negeri ini.

Seri Paduka bersama Raja Pemaisuri Agong turut menghadiri program turun padang membeli juadah di Pasar Ramadan Peringgit pada petang ini.

 

Majlis berbuka puasa itu dihadiri lebih 1,000 umat Islam terdiri daripada pemimpin kerajaan negeri, kakitangan kerajaan negeri, pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah.

Selepas berbuka, Seri Paduka menunaikan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Halim Tawil. - UTUSAN ONLINE