Kira-kira 300 peserta terlibat dalam program yang bertemakan ‘Wanita dan Diabetes - Hak Kita Menuju Ke Kesihatan Yang Baik’ (Women and Diabetes - Our Right to a Healthy Future) yang bermula sejak pukul 8 pagi tadi dengan jarak perjalanan sejauh empat kilometer.


Perjalanan peserta bermula dengan aktiviti berzumba sebelum mereka dilepaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Ayer Keroh, Tan Yew Aik.


Program hari ini berterusan sehingga pukul 12 tengah hari dengan pelbagai aktiviti dan yang paling menarik adalah pemeriksaan kesihatan bagi mengesan sebarang penyakit. - UTUSAN ONLINE