Bertemakan sambutan tahun ini, “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”, peserta berarak sejauh lima kilometer dari Stadium Hang Tuah ke Dataran Pusat Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di sini sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Perarakan tersebut diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan isterinya, Datin Seri Fadilah Abdullah.

Daripada jumlah keseluruhan kontinjen yang mengambil bahagian, 3,386 merupakan kontinjen agensi kerajaan dan swasta, 49 pertubuhan dan persatuan, lapan institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah menengah serta satu sekolah rendah seluruh negeri ini. - UTUSAN ONLINE