Program tersebut merupakan acara tahunan yang melibatkan kanak-kanak seawal usia lima dan enam tahun yang mengikuti pendidikan awal mereka di Tabika Kemas seluruh Malaysia.

Menurut Jabatan Kemajuan Masyarakat Kemas dalam satu kenyataan, Hari Potensi diadakan bertujuan mencungkil bakat, memupuk nilai-nilai murni, keyakinan diri, kecergasan dan ketangkasan fizikal, mengembangkan minat, kreativiti dan estetika serta menghargai warisan budaya dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Naib Canselor Utem, Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib.

Pagi tadi, kesemua tetamu kehormat telah menyaksikan perlawanan akhir bola sepak dengan pasukan Terengganu muncul sebagai juara setelah menewaskan Pahang menerusi sepakan penalti penentuan sesudah kedua-dua pihak terikat 1-1 pada wisel penamat. - UTUSAN ONLINE