Syarahan bertajuk 'Kesultanan Melaka dalam sejarah dan warisan Malaysia moden: Interpretasi Sosio-Politik' itu dihadiri oleh 300 pelajar, penyarah serta kakitangan KUIM.
      
Menerusi syarahan itu, Mohd. Khalil mengupas mengenai fakta-fakta baru zaman Kesultanan Melaka yang muncul dalam kajiannya.

Beliau turut memberi amanat kepada generasi muda agar mereka terus mempertahankan sejarah peradaban Melayu agar ia tidak hilang ditelan masa.

Turut hadir pada program itu, Naib Canselor KUIM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Taib Dora.

Mohd. Khalil bakal menerima Ijazah PhD dalam bidang Sejarah daripada KUIM yang dijadualkan Oktober depan.

Penganugerahan itu sekali gus menjadikan beliau sebagai penerima pertama PhD apabila KUIM bakal dinaiktaraf kepada Universiti Islam Melaka (UIM) tidak lama lagi. - UTUSAN ONLINE