Sebelum menunaikan solat sunat, seluruh jemaah melafazkan takbir beramai-ramai mengagungkan kebesaran Allah.

Idris kemudian menyampaikan amanat sempena Hari Raya Aidiladha sebelum solat sunat Aidiladha diadakan pada pukul 9 pagi.

Solat sunat berkenaan dipimpin oleh Imam Besar Masjid Al-Azim, Datuk Mohammad Hashim Al-Hafiz yang kemudian turut menyampaikan dua khutbah selepas selesai solat sunat Aidiladha.

Yang turut hadir, isteri Idris, Datin Seri Fadilah Abdullah; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Mohamad serta barisan kepimpinan kerajaan negeri. - UTUSAN ONLINE