Pengurus Besar Negeri TM Melaka, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan berkata, kesemua anak yatim dari Madrasah Al-Hasanah, Jasin itu turut menerima sumbangan wang tunai ihsan yang dikumpulkan kakitangan TM Melaka.

“Ramadan merupakan bulan mulia yang penuh dengan keberkatan untuk berkongsi dan kami harap dapat berkongsi keberkatan ini bersama golongan kurang bernasib baik.

“Kami berhasrat melakukan lebih lagi untuk memberi impak positif kepada golongan memerlukan bertepatan dengan kempen #LebihUntukMu demi menzahirkan janji kepada pelanggan termasuk memberi perkhidmatan sepenuh hati dengan hasrat memacu Malaysia ke arah Negara Digital,” katanya ketika berucap pada majlis itu malam ini.

Pada majlis itu, TM Melaka turut menyampaikan sumbangan zakat oleh Badan Kebajikan Islam TM (Bakit) kepada lima madrasah termasuk Akademi Tahfiz Darul Huda, Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Ainuss Syukriah, Madrasah Tahfiz Al-Quran Ibnu Talib, Madrasah Al-Hafiz dan Madrasah Tahfiz Tarbiyah Wal Ulum Darul Hidayah.

“Selain itu, turut disampaikan penghargaan kepada dua anggota polis dari Balai Polis Machap, Alor Gajah dan dua orang awam yang telah membantu membanteras kes kecurian kabel TM oleh individu tidak bertanggungjawab,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE