Majlis perasmian pada hari ini turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan isteri, Datin Seri Fadilah Abdullah.

Kelab yang bakal dipimpin anak jati Melaka, Chef Ridzwandy Pemi sebagai pengerusi itu bakal memberi peluang kepada 400 chef di negeri ini untuk menonjolkan bakat mereka serta menjadi setanding dengan chef terkemuka dunia.

Pada majlis itu, Tunku Azizah turut berkenan mengurniakan Anugerah Tourism Hero kepada Idris atas komitmen beliau menjadikan Melaka sebagai negeri pelancongan yang termahsyur di dunia. - UTUSAN ONLINE