Timbalan Menteri Pelanco­ngan dan Kebu­dayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, usaha pihak Seafarer Explorer memperkenalkan produk pelancongan itu dilihat bakal memberi impak besar kepada negeri ini.

“Saya berbangga apabila dimaklumkan produk ini berjaya direa-lisasikan. Pencapaian ini mampu menjadi salah satu daripada sumber pendapatan kepada rakyat.

“Pada masa sama, ini produk pelancongan lain dari yang lain kerana pelancong dapat menikmati pengalaman beharga yang unik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena majlis perasmian See Malacca by Air di sini.

Yang turut hadir Pengarah Tourism negeri, Jeffry Munir dan Pengarah Urusan Boat Explorer, Mike Thein .

Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah membe-ritahu, produk baharu itu secara tidak langsung menjadi serampang dua mata iaitu sebagai daya tarikan pelancongan selain membantu meningkatkan pendapatan negara.

Sementara itu, Mike Thein memberitahu, pelancong berpe-luang memperoleh pengalaman berharga selama enam minit di udara dengan harga berpatutan menerusi produk yang ditawarkan itu.

“Untuk tiga bulan ini, promosi dengan tawaran harga RM199 untuk seorang, mereka berpe­luang melihat pemandangan sekitar Melaka termasuk Masjid Selat, Klebang dan Tanjung Keling menaiki helikopter jenis EC120B Colibry.

“Kita masih melihat sambutan orang ramai terhadap produk terbaharu ini. Kepada yang berminat boleh menghubungi kami untuk ‘terbang’ bersama kapten yang bertauliah dan berpengalaman,” katanya.