Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pe­ngangkutan dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan berkata, golongan itu perlu mendapat pembelaan sewajarnya atas segala khidmat bakti yang dicurahkan.

Beliau berkata, pihaknya juga menggalakkan masyarakat untuk sama-sama membantu Persatuan Veteran Angkatan Tentera (PVATM) negeri mengumpul dana menerusi tabung itu supaya ia dapat dimanfaatkan de­ngan membantu veteran yang memerlukan.

“Kita berharap kesedaran untuk mengisi Tabung Pahlawan meningkat dalam kalangan ma­syarakat bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota tentera yang telah banyak berjasa kepada negara.

“Melalui Tabung Pahlawan ia akan dapat mengerakkan aktiviti membantu mereka, balu atau anak yatim golongan tentera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan pelepasan kira-kira 640 ahli PVATM ke Perhimpunan Majlis Himpunan Raksasa Ve­teran bersempena dengan sam­butan Hari Pahlawan 2017 di Ayer Ke-roh di sini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua PVATM, Datuk Mohd. Fazil Shafiee.

Abdul Ghafaar yang juga Pengerusi Tabung Pahlawan Melaka berkata, sehingga kini terdapat lebih 11,000 bekas tentera di negeri ini dan jumlah itu dilihat kian meningkat setiap tahun.

Beliau berkata, setiap daripada mereka juga perlu diletakkan di bawah satu persatuan se­perti PVATM supaya golongan itu tidak tercicir daripada mendapat bantuan yang sepatutnya.