Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, skim insentif tersebut merangkumi semua penjawat awam yang layak di negeri ini melalui peruntukan di bawah Tabung Amanah Pendidikan Melaka (Tapem).

Menurutnya, kerajaan ne­geri secara umumnya sedang berbincang mengenai skim tersebut selaras dengan usaha meningkatkan tahap pendidikan penjawat awam.

"Contohnya, guru di pe­ringkat rendah seperti sekolah agama bantuan kerajaan yang mempunyai diploma boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat ijazah dan seterusnya.

"Usaha ini diharap dapat melahirkan golongan penjawat awam terutamanya guru yang lebih berpengetahuan seterus­nya membantu meningkatkan prestasi sekolah," katanya ketika sidang akhbar pada majlis perjumpaan bersama pengetua dan guru besar sekolah-sekolah Melaka di Seri Negeri di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Noor Effendi Ahmad dan Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Rashid Mohd. Sidek.